Khamis, 25 Ogos 2011

Salam Perantauan

Assalamua’laikum.
Pejam celik pejam 
tak celik-
 celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lembam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.
Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan?
Itu baru mukaddimah….hehehe
Biasalah, dah hujung-hujung ni, bila ada masa lapang, sempat juga aku belek-belek sms ucapan selamat hari raya yang lama-lama dalam kotak sms ni. Nak tengok, mana yang boleh guna balik, kalau dulu-dulu….kad hari raya pasti berlambak. Sekarang? Korang jawablah bagi pihak masing-masing yer… :D
Dah belek-belek, adalah jumpa beberapa rangkap sms ucapan selamat hari raya yang agak menarik. Ini dia…
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA


Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan